Meeting tourist guide dari Dali yang berketurunan Bai di hotel sewaktu sarapan. Seorang lelaki, Zhao namanya...breakfast agak menyihatkan kerana tawar belaka..iaitu pau panas yg kosong tawar, bubur nasi dan telur mata. Saya makan pau sahaja dan minum air soya suam yang berasa sedikit pelik - ada rasa hangit-hangit sedikit, Dimana2 pun disini, sama saja rasa minuman soya ini.
|
Kereta khas untuk pusing pusing Ancient Town Dali |
Pertama sekali, selepas sarapan, kami masuk ke Kota Lama Dali. Pusing2 menaiki kereta khas untuk pelancong.
|
Beautiful pink tree in Dali |
|
View of Himalayan |
|
Sutera |
Selepas itu kami keTasik Erhai yang sangat indah. Encik zhao memberi cadangan supaya kami menaiki boat nelayan untuk menikmati keindahan tasik sambil melihat burung menangkap ikan dan juga memberi makanan kepada seagulls yang banyak disitu. Alasaannya jika menaiki fery, kami akan menunggu lama sbb mereka perlu penuhkan ferry sebelum boleh bergerak.Makanya, tidaklah kami dapat melihat Nazhao isle, khabarnya ada temple yg indah disitu. Menaiki boat nelayan dengan jaket keselamatan ini menenangkan dan dapat hiburkan hati dengan aksi burung membantu nelayan menangkap ikan...sesungguhnya pemandangan tersangat indah di tasik Erhai ini..dengan tasik yang membiru berlatarbelakangkan banjaran gunung Himalaya yang indah berbalam balam dari kejauhan.
|
Burung menangkap ikan |
Selepas itu, kami bergerak menuju ke Butterfly garden dimana disitu terletak sebuah perigi yang berair biru. Tetapi, sebelum sampai ke sana, kami singgah sebentar untuk makan tengahari di sebuah restoran muslim tidak jauh dari taman tersebut. Kami telah memilih lauk yang kami sukai..dan dimasak dengan cepat oleh mereka..masakannya panas dan sangat enak, tidak terkata ;)
|
Butterfly Garden |
Lawatan ke Butterfly garden dimulakan dengan laluan pokok buluh dikiri dan kanan . Suasana yang cukup indah...di perigi berair biru kehijau terdapat sebatang pokok yang sudah terlalu tua, dikatakan ribuan tahun usianya. Cantik juga persekitaran disitu dengan adanya tasik yang biru kehijauan.
Sesudah puas berjalan jalan kami bergerak meninggalkan garden tersebut untuk bersolat diperkampungan muslim iaitu di Masjid Mei Hua. Masjid ini gabungan bangunan lama dan baru..ruang solat dibangunan lama yg unik..berwudhu dibangunan baru..dari masjid ini boleh nampak tasik Erhai yang indah itu..
|
Masjid Mei Hua |
|
Ruangan Solat Masjid Mei Hua |
Petang itu juga kami bergerak ke Lijiang. Melalui highway ia mengambil masa 2 jam sahaja. Dan sampai disana lebihkurang jam 5.30 petang. Disana kami bertemu dengan tourist guide yg lain pula, jeniffer. Sesampai disana terus ke restoran untuk makan malam.
|
Restoran Muslim di Lijiang. Daging lembu bergantungan |
|
Antara Menu: telur campur tomato, ayam berkicap cili kering, daging cincang, dan sayuran |
Selepas check in di Hotel Jin Tian, kami bertemu semula dgn tourist guide untuk sama sama berjalan kaki ke ancient city of Lijiang yang berdekatan dengan hotel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan