Sabtu, 17 Disember 2011

Beijing (hari kelima - terakhir)

Hari itu 18 November 2011...hari terakhir di China, pagi2 dah bergerak dari hotel menuju ke Tianjin...suasana kelabu aja, sambil sesekali hujan renyai2...tapi pemandangan tetap cantik...


Kami pergi ke Tianjin Old City.. unik.....banyak kedai jual cenderamata...tapi tak sempat membeli, sebab nak cepat.....just jalan tengok2 je...

Lepas tu posing2 jap kat tepi sungai...nice view..modern campur old....tourist ramai...as always....

lepas tu naik van pergi ketempat yg ada muslim bazaar...beli snek...tapi bila dah sampai Malaysia ada snek yg dah expired...kene perhati betul2....


lepas tu kami pun makan lunch direstoran yang tak berapa jauh dari Muslim Bazaar tu...


pas makan kami pun dihantar ke Tianjin Airport...lama juga tunggu...untuk wanita2 yang rasa tak selesa nak solat dikhalayak ramai (sambil tunggu utk boarding), boleh curi2 gunakan bilik waiting utk wanita yang punya anak kecik....bilik tu sgt convenient....

Sepanjang 6 jam dlm flight, masing2 bercerita pengalaman di Beijing, majority bercerita pasal kene paksa rela bershopping....which is very TRUE....lepas ni fikir bnyk kali kalau nak pergi jalan yang siap dgn ground arrangement..kene tengok betul2 itinerary...kalau ada kene lawat tempat yg tak sepatutnya, like kedai ubat, kedai pisau, hati2...unless u memang berhajat nak beli...tapi jika ada ground arrangement, perjalanan memang mudah...diambil dan dihantar...tak penat, but less advanture!..

Beijing ( hari ke empat)

Pagi itu 17 November 2011....tempat pertama ialah ke kilang pisau....demonstrasi kehebatan pisau yang membuatkan aku kata wowww...aku yang tidak ada lagi set pisau pun membeli satu set...tak tahu lah best ke tidak pisau ini, sebab saiz agak besar dan tajam....biasa aku pakai pisau saiz comel je....dapat lah beberapa biji peeler kalaer hijau yg menarik hati bentuknya...pisau ini jenama Dellmann...ala ala German..but saya lebih suka set pisau Zwillinge kepunyaan housemate saya...

Selepas berjalan bershopping di kedai pisau, kami dibawa ke Olympic stadium bird nest...hari hujan, makan tak berapa syok nak berjalan kat situ...bergambar dari jauh je...tak dapatlah menikmati arkitekture bangunan itu dari dekat...sedih sedih...dari satdium itu, kami berjalan kaki menuju ke kedai barangan perhiasan...macam underground...but not so sure....tapi mmg berjalan turun tangga....

hati dah rasa tak best, sebab macam tahu2 je kene paksa rela shopping lagi....sampai kat bawah tu, diorg bagi air teh panas...pastu masuk satu bilik..tetiba lelaki cina masuk, sgt friendly...dia kata dia mai dari penang...dia cakap mknn beijing tak sedap...masin dan berminyak....yes betul, part tu aku memang sgt setuju...pas sembang2...dia pun start la promo dgn memula tunjukkan tapak tgn dia yg merah tu..nampak sgt sihat....dia tanya pasaipa jadi gitu..pastu dia sendiri jawab, itu pasai dia selalu keje pilih2 batu utk kedai dia lah...batu2 ni bagus utk kesihatan..ppastu dia tayang gelang hijau dia...memang cantik kat mata aku...dia kata mat2 Jepun selalu cakap kedai dia jual murah....bla bla bla....pastu dia beri kami hadiah loket jed 'good luck'....dia bagi free je....then dia bawak tengok barang2 kedai dia...dia kata tengok ja, dia tak suruh beli...depa pun kuarkan lah gelang batu Jedaite putih..murah je RM 40 lebih kurang satu gelang manik putih tu...kami pun beli la...pastu aku berkenan plak kat satu gelang Jedaite hijau, lebih kurang sama cam dia pakai...tapi dia punya bangle...aku pnya fleksible...harga? emm...tah lah.. aku bayar je harga dia, walaupun kualiti tak lah seberapa, dan mungkin kat Malaysia boleh dapat separuh dari harga tu....tapi tak tahu lah nak cari kat mana...sebab masa nak shopping2 n pun tak berapa nak ada kalau dah balik Malaysia...sebelum keluar siap amik lagi cincin sorang satu...hehehe..walhal selama ni memang tutup mata je kat barang2 perhiasan wanita nie...but still maintain..no gold! i don't like wearing gold...

Kat depan kedai tu ada restoran, kat situ juga ada jual fridge magnet murah (reasonable)..3-4 ketul RM5...murah lah..sebab kat Greatwall seketul jer dah RM7.50! Lepas shopping tu makan kat kedai muslim kat mana pun tak tahu..ikut je...

Tengahari tu solat di Niujie Mosque...toilet dia tak berapa memberangsangkan....tapi tempat wudhuk kira ok...lepas solat gi jalan kaki ke Muslim market..tengok apa yg unik utk dibeli..mknn like tofu...tapi tak tahan lama, cepat basi....


Lepas tu, naik van Mercedes tu singgah ke Jewellery City compleks shopping....bnyk cenderahati kat sini..mungkin lebih dapat lebih murah dari dekat Olympic stadium tu...tapi tak beli pun...sebab tak de mood nak membeli....org tak ramai....penjual je yg ramai, beg2 tiruan pun banyak..style jual sama cam jual CD haram kat Johor Baharu...ada bilik belakang...ada gak kedai yang rupa macam tak siap...bila bukak, rupanya ada bilik belakang...lighting just pakai lighting yg cameraman pakai kat dlm studio tu..sapa yg minat ngan handbeg tiruan boleh lah dtg sini...aku tak berapa minat..biar yang tak jenama...janji asli...haha.....

Pastu tapau mknn balik hotel....tak berapa sedap, so mlm tu decided utk makan kat kedai depan hotel....minta tolong cina kat kaunter tu translate, tuliskan balik mknn yang kami nak order kat kedai tu...nak suruh translate pun amik masa 30 minit lah tunggu....sebab dia pun tak sure...last2 awek cina tu ikut kami gi restoran tu dan orderkan....mintak dulu confirmation ngan kami about the food....syukur alhamdullilah, beef noodle soup tu sgt sedap!...mungkin ada bnyk bahan perasa kot....

Jumaat, 2 Disember 2011

Percutian Budget di Beijing (Hari ketiga)

Hari itu Rabu 16 November 2011. Itu adalah hari ketiga keberadaan saya di Beijing. Selepas sarapan seperti biasa, kami meredah traffic jem di Beijing menuju ke Great Wall dengan van. ...walaubagaimana pun, great wall itu tidaklah dekat...agak jauh ( rasa macam dua jam perjalanan) , dah traffic jem nya lebih panjang dari semalam....untuk meredakan kebosannan, pemandu pelancong mengajak kami singgah ke kedai Jade dahulu, kami ditunjukkan dengan berbagai jenis dan bentuk jade, dari gelang, loket hingga yg sudah dijahit dipermukaan sarung bantal.... begitu fanatik sekai mereka dengan jed...saya langsung tidak mahu mencuba, sebab bila dah cuba takut dipujuk rayu sehingga terbeli! sedangkan saya rasa ianya langsung tidak saya perlukan...walaupun dalam perjalanan tadi pemandu pelancong sudah ceritakan kepada kami tentang keistimewaan jed.

selepas kedai jade, kami dibawa ke kedai crystal pula, corak dan bentuknya langsung tidak menarik minat...tidak ada pelawat disitu, hanya kami berdua...jumlah jurujual melebihi orang yang datang....saya rasa pemandu pelancong akan dapat komisyen pada setiap barang yang kita beli, oleh itu dia akan turut membantu jurujual utk memujuk kita supaya membeli...itulah sebabnya kita mesti berada sekurang2nya 30 minit disetiap kedai yang dikunjungi....

Kami meneruskan perjalanan selepas itu....didalam perjalanan kami singgah sebentar di kilang membuat tembikar untuk makan tengahari dan mendirikan solat disitu. Kami berjumpa dengan sekumpulan pelancong dari Malaysia yang turut makan tengahari disitu. Makanannya enak...seperti biasa, portion yang besar tidak mampu untuk kami habiskan...majority makanan yang disediakan untuk kami mesti ada celeri dan kobis beijing....dan juga cili kering goreng!

Selepas selesai urusan dikilang tembikar itu, kami menuju ke Great Wall...suasana agak kelam kerana matahari terlindung dibalik kabus...tapi keindahan tempat itu masih mampu dinikmati..ada gerai2 menjual cenderamata...tetapi sebelum membeli digerai2 disitu, cuba tengok dulu harga dikedai2 cenderamata yang berada di Great Wall itu, dari pengalaman saya, harga di kedai itu lebih murah dibandingkan dengan harga digerai....terutamanya fridge magnet, cenderahati untuk teman2...walaubagaimanapun, di sini bukan lah tempat yg bagus untuk membeli cenderahati...di kedai berdekatan stadium bird nest menawarkan harga yang lebih murah, kalau di greatwall boleh dapat satu fridge magnet, dikedai tersebut boleh dapat 4 atau 5 biji, memang berbaloi...

Puas klik klik dan melompat2 (sahabat saya) kat atas Great Wall, kami dibawa ke kilang minyak Baoshutang Scald Ointment...pemandu pelancong memberitahu, kilang ini bukan milik kerajaan, dan istimewa tempat ini ada menjual batu hitam yang di panggil Bien Stone...dalam bentuk gelang dan cawan...mula mula dengar cina berbahasa melayu indonesia, terpaku....lebih-lebih lagi bila tengok saluran darah saya melalui satu alat serupa 'mikroskop'...betul ke salur darah sendiri yg saya nampak itu pun tak tahu lah..saya punya nampak ok...bila pegang cawan hitam tu terus aja darah berjalan dengan lebih laju..tapi bila test kat jari sahabat saya, nampak sangat teruk dan saya pulak yang risau....dalam sedar, terbeli lah juga cawan batu Bien tu..dengan harga RM500...dalam hati menyumpah2 kenapalah dia bawa saya ketempat2 macam nie...tapi nak buat macammana kan..dah ada dalam itierrary... ...ermm..entah kenapa...tak pernah pulak nak tawar harga...entah boleh tah tidak..kalau anda mahu, anda cuba......very mark up punya harga, nak bayar duit komisyen kat pemandu pelancong lagi kan...walau apa pun, hidup perlu diteruskan, tiap hari minum air yang diperam dalam cawan hitam ini...nak bagi berbaloi dengan harga dia tu...hehehe..

Selepas itu kami singgah ke restoran malam semalam untuk tapaw dinner..kambing ,nasi dan sayuran...after Isya, around 7Pm saya pun tido dengan lenanya...mungkin sebab dah minum air dari cawan hitam tu.....seperti yg diberitahu oleh jurujual..


Percutian Budget di Beijing ( Hari kedua)

Hari itu Selasa , 15 November 2011. Itulah hari kedua kami berada di Beijing. Menu sarapan yang disediakan oleh hotel tersebut agak terhad dan saya hanya menjamah dua keping roti bertemankan jam apa entah tak tahu...rasanya jam anggur hitam kot(masih boleh diterima dek tekak) dan juga jem tembikai (huhu not acceptable at all)...nasib baik ada nescafe, walaupun cair je, but that's still ok. Menu lain adalah nasi goreng, sayur2 jeruk, bubur nasi dan lain2....semuanya tak berani nak dicuba...dikhuatiri tidak halal.



Kami bergerak dengan van seawal jam 8 pagi menuju Dataran Tian Anmen dan Forbidden City, meredah jem di Beijing. Sungguh membosankan. Sesungguhnya saya sangat tidak biasa dengan keadaan jem! very much like watermelon jem la! tapi sekurang-kurangnya dapat merasa suasana Beijing dipagi hari...tak perasan entah pukul berapa kami diturunkan didataran tersebut...masih awal, tak sampai pukul 9 pagi lagi rasanya. Akan tetapi, sepertinya, ribuan manusia sudah berada disana. Masing-masing dengan rombongannya, dengan warna topi sedondon mengikut kumpulan beratur dengan si ketua rombongan membawa bendera. Bendera Malaysia pun ada. Tapi kami jalan bertiga je...Luas juga dataran ni, ada TV besar entah display attractive places berkenaan negara China lah agaknya...sangat tak concentrate ketika itu, sebab aku sibuk nak klik sana klik sini. Kami ikut saja pemandu pelancong kami yang cute tu berajalan kaki menuju ke Forbidden city yang berdekatan benar dengan dataran Ti annmen. Berjalan quite lajulah, sambil bercerita berkenaan Forbidden City...tapi aku sangat tak concentrate sebab nak klik sana dan klik sini...sesungguhnya banyak objek dan subjek menarik di sini.....bila berjalan laju mengikut org, maknanya, tidak ada masa untuk menikmati suasana....rasa sangat terkilan...itulah yang tak best bila dipandu oleh pemandu pelancong....

Selepas berjalan ke Forbidden City, kami dibawa dengan van ke Silk factory. Diluar kedai ada beberapa mamat muslim, macam org Kazakstan je rupa, menjual manisan dari kekacang...sahabat saya sangat teruja nak membeli, tetapi dah dipanggil oleh pemandu pelancong kami utk masuk kedalam...Disini ditunjukkan bagaimana sutera dihasilkan....ada single layer, ada double layer...yg single layer, ade seekor je ulat dlm cocon, yang double layer ada dua ekor ler ulat dalam cocon..beli try goncang2 cocon tu rasa macam geli pun ada...pastu ditunjukkan hasil2 dari sutera ini, bermula dengan quilt/comforter/selimut yang sangat lah bestnya sebab ringan!....dan juga cover dia la (yang ni aku tak berminat sebab qualiti dia yang tak berapa user friendly)...harga comforter size king RM250...boleh try check dulu di malaysia kalau ada, kalau rasa berbaloi boleh beli lah...aku tak beli pun, sebab luggage aku 20 kilo je (harus diingat itu!)...kat tingkat atas ada juga menjual kain sutera utk baju kurung, tapi harganya macam mahal je..satu meter berharga lebih RM60, aku beli kualiti yg jauh lebih baik diMalaysia dengan harga tersebut, boleh dapat sepasang baju.....tapi kalau kamu nak beli juga, haruslah menawar sehabis-habisnya! Kalau tak beli lagi bagus! Sahabat aku akhirnya dapat juga membeli manisan kacang itu...

Selepas 'bersiar2' (lama masa kat sini) kat Silk Factory, kami pergi makan di Muslim Restoran berdekatan dengan Liupukang Jie...tak tahu nama apa restoran ini. Menu bagus, ikan dan sayuran yang sangat sedap...first time makan lada sichuan yang ada rasa mint2 sikit...


Selepas makan, kami dihantar ke pusat mengurut kaki. Yang best pasal tempat ini adalah dia punya toilet.. agak first class jugalah..tapi jangan lupa ya, kemana jua anda pergi, wajib membawa botol kosong atau bekas air kerana tidak disediakan bidet ditoiletnya. Disini ada perkhidmatan membaca tapak tangan untuk melihat penyakit sambil kaki anda direndam dengan herba dan diurut oleh tukang urut yang menurut saya bukannya arif pun dalam bab2 mengurut ni.....harus berhati2 kerana ubat herba (kononnya mahal sebab datang dari Tibet)yang disarankan sangat mahal, hingga RM400 sekotak dan perlu beli 3 kotak....ada dua masalah yang saya lihat disini, pertamanya mungkin mereka mark up harga hingga 4 kali ganda, keduanya, kita tidak tahu samada ubat itu akan memberi kesan yang negatif kepada kesihatan kita atau tidak...mereka kata memang taida kesan sampingan, tapi dia peduli apa........ada seorang pembantu jualan warga indonesia yang akan cuba untuk menarik perhatian anda untuk membeli produk mereka....dengan cerita kononnya Obama, Najib dan beberapa pembesar negara dunia turut datang ke premis mereka untuk mendapatkan rawatan. Pendapat saya, lebih terjamin jika membeli ubatan di Malaysia, dan jangan mudah terpengaruh dengan kata2 mereka....sedangkan herba rendaman kaki seperti itu pun boleh didapati dengan harga tak sampai RM10 di Malaysia....

Selepas 'berehat' di tempat urut tadi, kami dibawa pula ke Pearl factory. Disebabkan hanya kami berdua sahaja dalam rombongan itu, maka masak lah telinga kami mendengar pujukan mereka supaya membeli barangan mereka. Bila kami beritahu pemandu pelancong kami mahu segera meninggalkan tempat tersebut, dia memberitahu kami , bahawa kami perlu menghabiskan masa sekurang2nya 30 minit disitu....wah..itu sangat merbahaya! hehehe....sebab takut terpengaruh...akhirnya terbeli brooch pearl yg dari harga RM250 turun jadi RM25. ajaib? mungkin tidak, ini adalah malapetaka!...makin lama makin digoda dengan barangan berasaskan pearl termasuk krim muka dan serbuk pearl kononnya digunakan sejak zaman maharani...nasihat saya, jika ini berlaku kepada anda pekakkan telinga dan bayangkan kenangan indah zaman kanak2....supaya fikiran anda tidak digoda dengan rayuan utk membeli barang2 yang sebenarnya langsung tidak diperlukan!

Agenda bersiar2 seterusnya adalah di Summer Palace, kawasan tasik yang sangat cantik dan mententeramkan jiwa...


Selepas itu kami dibawa bersolat dimasjid hijau ,disini kami berjumpa lagi mamat yang menjual manisan kekacang di Silk factory tadi...sahabat saya beli lagi, nak buat stock...


dan kemudiannya after solat kami dihantar untuk menonton acrobatic show.


Sesungguhnya acrobatic show itu adalah pengalaman yang sangat menarik! saya bagi 5 bintang!