Jumaat, 2 Disember 2011

Percutian Budget di Beijing (Hari ketiga)

Hari itu Rabu 16 November 2011. Itu adalah hari ketiga keberadaan saya di Beijing. Selepas sarapan seperti biasa, kami meredah traffic jem di Beijing menuju ke Great Wall dengan van. ...walaubagaimana pun, great wall itu tidaklah dekat...agak jauh ( rasa macam dua jam perjalanan) , dah traffic jem nya lebih panjang dari semalam....untuk meredakan kebosannan, pemandu pelancong mengajak kami singgah ke kedai Jade dahulu, kami ditunjukkan dengan berbagai jenis dan bentuk jade, dari gelang, loket hingga yg sudah dijahit dipermukaan sarung bantal.... begitu fanatik sekai mereka dengan jed...saya langsung tidak mahu mencuba, sebab bila dah cuba takut dipujuk rayu sehingga terbeli! sedangkan saya rasa ianya langsung tidak saya perlukan...walaupun dalam perjalanan tadi pemandu pelancong sudah ceritakan kepada kami tentang keistimewaan jed.

selepas kedai jade, kami dibawa ke kedai crystal pula, corak dan bentuknya langsung tidak menarik minat...tidak ada pelawat disitu, hanya kami berdua...jumlah jurujual melebihi orang yang datang....saya rasa pemandu pelancong akan dapat komisyen pada setiap barang yang kita beli, oleh itu dia akan turut membantu jurujual utk memujuk kita supaya membeli...itulah sebabnya kita mesti berada sekurang2nya 30 minit disetiap kedai yang dikunjungi....

Kami meneruskan perjalanan selepas itu....didalam perjalanan kami singgah sebentar di kilang membuat tembikar untuk makan tengahari dan mendirikan solat disitu. Kami berjumpa dengan sekumpulan pelancong dari Malaysia yang turut makan tengahari disitu. Makanannya enak...seperti biasa, portion yang besar tidak mampu untuk kami habiskan...majority makanan yang disediakan untuk kami mesti ada celeri dan kobis beijing....dan juga cili kering goreng!

Selepas selesai urusan dikilang tembikar itu, kami menuju ke Great Wall...suasana agak kelam kerana matahari terlindung dibalik kabus...tapi keindahan tempat itu masih mampu dinikmati..ada gerai2 menjual cenderamata...tetapi sebelum membeli digerai2 disitu, cuba tengok dulu harga dikedai2 cenderamata yang berada di Great Wall itu, dari pengalaman saya, harga di kedai itu lebih murah dibandingkan dengan harga digerai....terutamanya fridge magnet, cenderahati untuk teman2...walaubagaimanapun, di sini bukan lah tempat yg bagus untuk membeli cenderahati...di kedai berdekatan stadium bird nest menawarkan harga yang lebih murah, kalau di greatwall boleh dapat satu fridge magnet, dikedai tersebut boleh dapat 4 atau 5 biji, memang berbaloi...

Puas klik klik dan melompat2 (sahabat saya) kat atas Great Wall, kami dibawa ke kilang minyak Baoshutang Scald Ointment...pemandu pelancong memberitahu, kilang ini bukan milik kerajaan, dan istimewa tempat ini ada menjual batu hitam yang di panggil Bien Stone...dalam bentuk gelang dan cawan...mula mula dengar cina berbahasa melayu indonesia, terpaku....lebih-lebih lagi bila tengok saluran darah saya melalui satu alat serupa 'mikroskop'...betul ke salur darah sendiri yg saya nampak itu pun tak tahu lah..saya punya nampak ok...bila pegang cawan hitam tu terus aja darah berjalan dengan lebih laju..tapi bila test kat jari sahabat saya, nampak sangat teruk dan saya pulak yang risau....dalam sedar, terbeli lah juga cawan batu Bien tu..dengan harga RM500...dalam hati menyumpah2 kenapalah dia bawa saya ketempat2 macam nie...tapi nak buat macammana kan..dah ada dalam itierrary... ...ermm..entah kenapa...tak pernah pulak nak tawar harga...entah boleh tah tidak..kalau anda mahu, anda cuba......very mark up punya harga, nak bayar duit komisyen kat pemandu pelancong lagi kan...walau apa pun, hidup perlu diteruskan, tiap hari minum air yang diperam dalam cawan hitam ini...nak bagi berbaloi dengan harga dia tu...hehehe..

Selepas itu kami singgah ke restoran malam semalam untuk tapaw dinner..kambing ,nasi dan sayuran...after Isya, around 7Pm saya pun tido dengan lenanya...mungkin sebab dah minum air dari cawan hitam tu.....seperti yg diberitahu oleh jurujual..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan