Jumaat, 2 Disember 2011

Percutian Budget di Beijing ( Hari kedua)

Hari itu Selasa , 15 November 2011. Itulah hari kedua kami berada di Beijing. Menu sarapan yang disediakan oleh hotel tersebut agak terhad dan saya hanya menjamah dua keping roti bertemankan jam apa entah tak tahu...rasanya jam anggur hitam kot(masih boleh diterima dek tekak) dan juga jem tembikai (huhu not acceptable at all)...nasib baik ada nescafe, walaupun cair je, but that's still ok. Menu lain adalah nasi goreng, sayur2 jeruk, bubur nasi dan lain2....semuanya tak berani nak dicuba...dikhuatiri tidak halal.



Kami bergerak dengan van seawal jam 8 pagi menuju Dataran Tian Anmen dan Forbidden City, meredah jem di Beijing. Sungguh membosankan. Sesungguhnya saya sangat tidak biasa dengan keadaan jem! very much like watermelon jem la! tapi sekurang-kurangnya dapat merasa suasana Beijing dipagi hari...tak perasan entah pukul berapa kami diturunkan didataran tersebut...masih awal, tak sampai pukul 9 pagi lagi rasanya. Akan tetapi, sepertinya, ribuan manusia sudah berada disana. Masing-masing dengan rombongannya, dengan warna topi sedondon mengikut kumpulan beratur dengan si ketua rombongan membawa bendera. Bendera Malaysia pun ada. Tapi kami jalan bertiga je...Luas juga dataran ni, ada TV besar entah display attractive places berkenaan negara China lah agaknya...sangat tak concentrate ketika itu, sebab aku sibuk nak klik sana klik sini. Kami ikut saja pemandu pelancong kami yang cute tu berajalan kaki menuju ke Forbidden city yang berdekatan benar dengan dataran Ti annmen. Berjalan quite lajulah, sambil bercerita berkenaan Forbidden City...tapi aku sangat tak concentrate sebab nak klik sana dan klik sini...sesungguhnya banyak objek dan subjek menarik di sini.....bila berjalan laju mengikut org, maknanya, tidak ada masa untuk menikmati suasana....rasa sangat terkilan...itulah yang tak best bila dipandu oleh pemandu pelancong....

Selepas berjalan ke Forbidden City, kami dibawa dengan van ke Silk factory. Diluar kedai ada beberapa mamat muslim, macam org Kazakstan je rupa, menjual manisan dari kekacang...sahabat saya sangat teruja nak membeli, tetapi dah dipanggil oleh pemandu pelancong kami utk masuk kedalam...Disini ditunjukkan bagaimana sutera dihasilkan....ada single layer, ada double layer...yg single layer, ade seekor je ulat dlm cocon, yang double layer ada dua ekor ler ulat dalam cocon..beli try goncang2 cocon tu rasa macam geli pun ada...pastu ditunjukkan hasil2 dari sutera ini, bermula dengan quilt/comforter/selimut yang sangat lah bestnya sebab ringan!....dan juga cover dia la (yang ni aku tak berminat sebab qualiti dia yang tak berapa user friendly)...harga comforter size king RM250...boleh try check dulu di malaysia kalau ada, kalau rasa berbaloi boleh beli lah...aku tak beli pun, sebab luggage aku 20 kilo je (harus diingat itu!)...kat tingkat atas ada juga menjual kain sutera utk baju kurung, tapi harganya macam mahal je..satu meter berharga lebih RM60, aku beli kualiti yg jauh lebih baik diMalaysia dengan harga tersebut, boleh dapat sepasang baju.....tapi kalau kamu nak beli juga, haruslah menawar sehabis-habisnya! Kalau tak beli lagi bagus! Sahabat aku akhirnya dapat juga membeli manisan kacang itu...

Selepas 'bersiar2' (lama masa kat sini) kat Silk Factory, kami pergi makan di Muslim Restoran berdekatan dengan Liupukang Jie...tak tahu nama apa restoran ini. Menu bagus, ikan dan sayuran yang sangat sedap...first time makan lada sichuan yang ada rasa mint2 sikit...


Selepas makan, kami dihantar ke pusat mengurut kaki. Yang best pasal tempat ini adalah dia punya toilet.. agak first class jugalah..tapi jangan lupa ya, kemana jua anda pergi, wajib membawa botol kosong atau bekas air kerana tidak disediakan bidet ditoiletnya. Disini ada perkhidmatan membaca tapak tangan untuk melihat penyakit sambil kaki anda direndam dengan herba dan diurut oleh tukang urut yang menurut saya bukannya arif pun dalam bab2 mengurut ni.....harus berhati2 kerana ubat herba (kononnya mahal sebab datang dari Tibet)yang disarankan sangat mahal, hingga RM400 sekotak dan perlu beli 3 kotak....ada dua masalah yang saya lihat disini, pertamanya mungkin mereka mark up harga hingga 4 kali ganda, keduanya, kita tidak tahu samada ubat itu akan memberi kesan yang negatif kepada kesihatan kita atau tidak...mereka kata memang taida kesan sampingan, tapi dia peduli apa........ada seorang pembantu jualan warga indonesia yang akan cuba untuk menarik perhatian anda untuk membeli produk mereka....dengan cerita kononnya Obama, Najib dan beberapa pembesar negara dunia turut datang ke premis mereka untuk mendapatkan rawatan. Pendapat saya, lebih terjamin jika membeli ubatan di Malaysia, dan jangan mudah terpengaruh dengan kata2 mereka....sedangkan herba rendaman kaki seperti itu pun boleh didapati dengan harga tak sampai RM10 di Malaysia....

Selepas 'berehat' di tempat urut tadi, kami dibawa pula ke Pearl factory. Disebabkan hanya kami berdua sahaja dalam rombongan itu, maka masak lah telinga kami mendengar pujukan mereka supaya membeli barangan mereka. Bila kami beritahu pemandu pelancong kami mahu segera meninggalkan tempat tersebut, dia memberitahu kami , bahawa kami perlu menghabiskan masa sekurang2nya 30 minit disitu....wah..itu sangat merbahaya! hehehe....sebab takut terpengaruh...akhirnya terbeli brooch pearl yg dari harga RM250 turun jadi RM25. ajaib? mungkin tidak, ini adalah malapetaka!...makin lama makin digoda dengan barangan berasaskan pearl termasuk krim muka dan serbuk pearl kononnya digunakan sejak zaman maharani...nasihat saya, jika ini berlaku kepada anda pekakkan telinga dan bayangkan kenangan indah zaman kanak2....supaya fikiran anda tidak digoda dengan rayuan utk membeli barang2 yang sebenarnya langsung tidak diperlukan!

Agenda bersiar2 seterusnya adalah di Summer Palace, kawasan tasik yang sangat cantik dan mententeramkan jiwa...


Selepas itu kami dibawa bersolat dimasjid hijau ,disini kami berjumpa lagi mamat yang menjual manisan kekacang di Silk factory tadi...sahabat saya beli lagi, nak buat stock...


dan kemudiannya after solat kami dihantar untuk menonton acrobatic show.


Sesungguhnya acrobatic show itu adalah pengalaman yang sangat menarik! saya bagi 5 bintang!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan