Isnin, 28 November 2011

Percutian budget di Beijing (Hari pertama)

Cuti yang ada telah digunakan secara last minit untuk berjalan-jalan ke Beijing. Tambahan pula tiket penerbangan Airasia yang agak murah dan kena pada saat dan ketikanya iaitu RM800 inklusive semua tax , pergi balik LCCT-Tianjin-LCCT dengan kapasiti beg 20 kilo. Oleh kerana masalah bahasa yang mungkin timbul, maka saya dan sahabat bersepakat untuk mengambil ground arrangement yang bernilai Rm295 utk bayaran hotel 4 bintang, makan minum, tiket ke tempat2 menarik di Beijing dan pengangkutan berserta pemandu pelancong. Semua itu untuk 5 hari! dan juga termasuk kos menjemput dan menghantar dari dan ke Tianjin Airport.

Penerbangan mengambil masa 6 jam dari LCCT ke Tianjin. Perjalanan dari Tianjin ke Beijing mengambil masa hampir satu jam setengah dengan van pelancong. Package yg kami ambil dari tour agency itu ialah '2 -to-go' khas untuk pelancongan Muslim. Setelah sampai di Beijing, kami dihantar terus ke Tai Shun Business Hotel.


Walaupun keadaan sekitarnya tidak begitu membrangsangkan, namun keadaan didalam hotel tersebut kira oklah. Tapi 4 bintang nya tidaklah sehebat 4 bintang di Concorde Hotel. Setelah check-in, kami dibawa berjalan kaki ke Restoran Muslim yang terletak tidak jauh dari hotel. Portion makanannya teramatlah besar utk dihabiskan oleh kami berdua.



Selepas makan malam, kami balik ke Hotel untuk berehat, ketika itu suasana sudahpun gelap walaupun jam baru menunjukkan pukul 6 petang. Suhu agak sejuk kira-kira 13 darjah celcius. Sempat juga membeli buah clementin dihadapan restoran! Tak sabar untuk hari seterusnya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan