Khamis, 3 Februari 2011

Jalan jalan ke Cameron Highland

Perjalanan ke Cameron Highland dimulakan pada waktu pagi kerana lokasinya yang agak jauh dan musim cuti sekolah sudah bermula, yg mengikut pengalaman seorang sahabat boleh jam nak naik atas tu...Alhamdullilah perjalanan berjalan lancar dan rasa sangat teruja, sebab ini first time betul betul melawat Cameron Highlands. Selama ini hanya singgah sekejap sekejap sementara pergi dan balik dari program di perkampungan orang asli.
Kami menginap di Aiza Chalet yang terletak di perkampungan homestay Taman Sedia, Tanah Rata. Aiza Chalet mempunyai sebuah rumah dan juga beberapa bilik berasingan yang disewakan untuk pengunjung. Tuan punya chalet ini sangat baik hati. Bilik yang saya sewa mempunyai sebuah katil queen dan sebuah katil double decker, water heater, extra carpet, sejadah. Tidur malam saya dilenakan lagi oleh bantal dan sleeping bag yang saya bawa dari rumah. 

Penduduk di Perkampungan Taman Sedia mengusahakan tanaman strawberry, pudina dan juga kobis (pada waktu liputan ini ditulis). Chalet ini terletak dihujung kampung dan bersebelahan dengan parit. Walaubagaimana pun, keadaan di Cameron Highland tidak memungkinkan kita untuk bermain main air parit walaupun airnya sangat jernih bukan sahaja kerana suhunya yang sejuk, ditakuti juga air tersebut sudah tercemar.
Hari hari di Cameron Highland dihabiskan dengan berjalan2 di kawasan sekitar Cameron Highland, termasuklah pasar malam yang terletak di antara Tanah Rata dan Brincang. Cenderahati berupa fridge magnet boleh didapati dengan harga RM1 satu (murah), tetapi ada juga yang menjualnya dengan harga 4 untuk RM10 (mahal)...
Kami melawat ke Big Red Strawberry (Agrotourism) Farm setiap hari untuk makan sebiji scone berserta seteko air teh panas dgn harga RM7.90 sahaja. Dan bayaran masuk adalah percuma! Suasana sangat best minum teh sambil menikmati pemandangan indah pokok pokok bunga dan sayur sayuran yang juga dijual disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan