Jumaat, 28 Februari 2014

Kunming-Dali-Lijiang Day 1 and Day 2

Percutian kali ini telah dirancang selama 3 bulan lebih awal, iaitu untuk urusan VISA dan juga urusan memilih agen pelancongan di China yang boleh dipercayai dan memberi pakej berpatutan. Sebenarnya ia telah bermula dengan penempahan tiket tambang murah Air Asia sekitar RM600. Jumlah perbelanjaan keseluruhan kami, termasuk makan, pengangkutan, kapal terbang, penginapan dan tiket masuk adalah tidak melebihi RM3K untuk seminggu.

Pada 30 Disember 2013 jam 13:30PM kami telah berlepas dari LCCT ke Kunming. Selepas 4 jam penerbangan dan puas menikmati panorama yang indah belaka, sampai lah kami di Kunming International Airport.

Kunming Changshui International Airport
Kami disambut oleh pemandu pelancong, Katherine. Selepas dibawa ke ruang solat/prayer room di tingkat satu airport tersebut , kami meneruskan perjalanan ke sebuah restoran muslim dipinggir bandar untuk makan malam. Menu pertama ialah nasi, telur dadar, ikan goreng dan sliced kentang bercili kering potong serta sup daging untuk memanaskan badan memandangkan suhu diluar yang agak sejuk sekitar 14 darjah.

kentang

sop daging

ikan goreng yang sedap!
Pemandu pelancong telah mencadangkan supaya kami menonton pertunjukkan Dynamic Yunnan merangkumi Peacock Dance untuk kami menghabiskan waktu pada malam kerana kami tidak ada aktiviti selepas makan malam itu. Kami bersetuju dengan bayaran tambahan sebanyak RMB150 lebih kurang RM80 untuk pertunjukan yang bermula pada pukul 20:00 dan berakhir pada pukul 22:00. Sesampainya kami ke tempat pertunjukan tersebut, kami telah disambut oleh Miss Hua. Seperti yang dijanjikan, kami membayar kepada beliau wang baki untuk pakej pelancongan kami bersama syarikat beliau yang kami temui di website(Sebelum kami bertolak ke China, kami telah memindahkan wang sebanyak 500 US Dollar/seorang  kepada beliau). Jika berminat bolehlah berchatting dengan beliau di http://www.welcomechinese.com/Index.html untuk pertanyaan. 


Memandangkan kami belum lagi mendaftar masuk ke hotel pada ketika itu, maka segala bagasi telah kami tinggalkan didalam van bersama pak cik pemandu, Uncle Lee, manakala si Katherine telah pun balik dahulu meninggalkan kami.

Pertunjukkan tersebut adalah berkenaan persembahan pelbagai jenis gendang. Slot terakhir barulah pertunjukkan tarian peacock. Itu sahaja yang menarik perhatian dan mampu membuka mata saya yang sudah pun mengantuk.
Pertunjukan Dynamic Yunnan diadakan disini.

Selepas pertunjukan tersebut, Uncle Lee membawa kami ke Hotel Yin Hua. Urusan dikauter tidak begitu mudah kerana receptionist tidak berbahasa Inggeris. Ini adalah perkara biasa dimana pun di negeri China mungkinnya. Akhirnya, dapat juga mendaftar masuk. Hotel Yin Hua ni kalau tak silap, akses WIFI hanya di lobi sahaja. Hotel ini saya kategorikan sebagai usang. Walau bagaimanapun, sarapan yang disediakan agak OK. Diasingkan makanan vegetarian. Untuk sarapan, kami disediakan bahulu, ubi keledek rebus, roti,jem,buahan, air oren suam dan air soya suam. Ada juga bubur nasi dan telur mata.

Ruang sarapan dengan hidangan vegetarian


Pada hari kedua iaitu 1 Januari 2014,kami telah ke Jiuxiang Cave. Gua ini telah dicantikan dengan cahaya lampu berwarna warni. Ada tangga naik dan turun didalam gua ini, ada tangga yang tinggi dan ada tangga yang rendah.
Jiuxiang Cave

Jiuxiang Cave
 Untuk balik semula ke pintu masuk tadi, kami memilih untuk menaiki kereta kabel. Kemudian terus menjamu selera itik panggang yang ranggup berserta ayam kukus,telur masin, telur dadar dan sayuran di perkarangan gua tersebut.
Restoran muslim yang terdapat diperkarangan gua Jiuxiang.

Lunch
 Selesai makan tengahari, kami berpatah balik ke bandar kunming untuk ke Masjid . Kami telah dibawa ke masjid Kunming Yongning Mosque . Didalam itinerari sepatutnya ke masjid Nancheng. Tapi tak apa lah, di masjid Yongning ini terdapat banyak gerai menjual makanan. Saya suka makan yang ini:
Snek yang dijual diperkarangan masjid Yongning

Snek yang dijual diperkarangan masjid Yongning
Selepas itu, kami membeli bekalan makanan dari masjid untuk dibawa ke Dali, memandangkan perjalanan ke Dali memakan masa 4 jam dan waktu sudah malam dan sukar untuk mendapatkan makanan jika kedai sudah ditutup. Kami tiba di Dali lebih kurang pukul 21:00 malam dan terus mendaftar di ShengHui Hotel. Hotel ini berdekatan dengan Bandar Ancient Dali yang dikelilingi kota. Ada sebuah restoran pemilik muslim disitu, iaitu lebih kurang 3 minit berjalan kaki dari hotel.


2 ulasan:

  1. Maaf bertanya. Prayer room di Airport tu berada di bahagian mana?

    BalasPadam
  2. Berdekatan dengan restoran. Tingkat 2 kalau tak silap.

    BalasPadam