Aku pernah tinggal di Muar lama dahulu. Ketika menjejakkan kaki di daerah ini untuk pertama kalinya selepas puluhan tahun, tentunya Muar atau terutamanya Tanjung Agas dimana terletaknya sekolahku kelihatan jauh berubah. Kalau dahulu hanya terdapat beberapa buah kedai di seberang jalan berhadapan pintu masuk sekolah, tapi kini sudah ada bermacam macam dan pelajar tidak perlu lagi menaiki bas atau teksi untuk kebandar mungkinnya. Kedai yang paling aku ingati ketika dizaman belajarku ialah sebuah kedai membuat roti dan roti kegemaranku pastilah roti bertabur keju. Rasanya kedai roti itu sudah tidak wujud lagi disitu.
|
Restoran special mee bandung udang galah muo ori yang menyediakan
pelbagai menu untuk sarapan pagi terletak ditanjung agas,
terletak dideretan kedai diantara sekolah sains muar dan stesyen minyak |
|
Kalau tak jumpa cuba telefon 017 235 8594 |
|
monument di tanjung Mas Muar |
|
Tanjung Mas di waktu malam |
|
Aktiviti memancing di Tanjung Mas |
|
Tanjung Mas Muar |
Ketika di Muar, aku telah menginap di Sabak Awur Resort. Suasana resort tepi sungai ini menggembirakan kerana kita boleh memancing dari pelantar yang disediakan. Jika rezeki menyebelahi, bolehlah dapat udang galah. Sebenarnya, Resort ini kecil sahaja. Tiada sarapan disediakan. Beberapa sudut di Resort ini,seperti pintu, gambar gambar dan perabut di lobby mengingatkan kembali suasana dinegara China. Untuk ke hotel ini tidaklah susah. Walaupun begitu aku telah tersesat jalan. Jika keluar dari lebuhraya melalui Tangkak, selepas beberapa kilometer, ambillah arah ke jambatan ke dua Muar dengan menaiki flyover, naiki jambatan itu,dan dalam 350 meter selepas jambatan itu beloklah ke arah kiri di traffic light , dalam 200 meter selepas itu belok lah ke kanan, dan terus memandu kedepan sejauh 250 meter. Secara amnya anda sudah pun sampai ke kawasan resort.Jika melalui bandar Muar, boleh ke hotel ini melalui jalan Bakariah.
|
Satu sudut di Sabak Awur Resort |
|
Kaunter /Pejabat pendaftaran Sabak Awur Resort |
|
Bangunan Hotel bersebelahan office |
|
|
jeti yang terdapat di resort sabak awur |
|
tangkapan pertama..ikan duri |
|
tangkapan kedua--ikan belin |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan