Rabu, 21 Ogos 2019

Perjalanan ke Xian, China 31 Oktober - 8 November 2016 (Part 1)



Perjalanan ke Xian ini adalah menggunakan pakej AirAsiaGo yang sangat berbaloi dimana tiket pergi balik dan penginapan selama 8 hari sudah termasuk. Pengalaman lapan hari dengan tiket pergi balik, hotel dan makan minum, tidak pun melebihi bajet RM3000 . Penerbangan 4 jam 30 minit adalah dari KLIA2 dan sampai di Xian pada lewat malam jam 23.20PM ,31 Oktober 2016. Kami menggunakan khidmat rakan yang tinggal di Xian untuk membawa kami ke Hotel Citadines Central. Jaraknya antara hotel dan lapangan terbang adalah lebih kurang 45 minit perjalanan dengan kereta. Hotel ini terletak sangat dekat dengan Muslim street yang terkenal di Xian ini. Jarak berjalan kaki dalam 3 hingga 5 minit sahaja. Dan di  sekitaran hotel juga ada restoran restoran muslim yang menjual makanan yang enak enak belaka.







 Hotel Citadines dilengkapi dengan dapur dan perkakasan memasak.


                                                                      Gambaran Hotel dan sekitarnya
Antara makanan halal yang boleh anda cuba:

1) Soup Roti + Kambing
Roti dipecah pecahkan menjadi kecil kecil, dihidang bersama jeruk bawang putih dan sambal. Setiap kedai mempunyai rasa yang berbeza beza. Cafe yang sedap dan menyegarkan ini bukan terletak di Muslim Street, tetapi berdekatan dengan hotel Citadines.

2) Kebab Kambing/Burger Muslim Street ( stall yang paling ramai orang beratur). 
Sabar tunggu dia potong/cincang daging...

Sambal minta lebih yea...

ini kadnya...token menandakan anda sudah bayar..

Ambil card dulu sebelum order. Ada burger ayam, kambing dan lembu. Kambing yang terbaik. Jika masuk ke Muslim street melalui Drum Tower, jalan lagi ke hadapan, dan gerai yang paling panjang orang beratur ini terletak disebelah kanan. 

3) Yogurt/Pudding
Di Muslim street juga ada Yogurt paling sedap yang pernah saya makan seumur hidup saya :). Rasa seperti puding dan tidak masam. Bukan yogurt yang biasa biasa. Menyesal tak beli banyak banyak. Rasanya harga sebotol ni RMB9 - RMB 10. Pastikan yogurt yang botolnya brand yang ini. 

4) Mee Sejuk (Terracota Museum)

Mee yang ini, walaupun sejuk, sangat menyegarkan. 

5) Teh
Baobo Tea. RMB5/RM3 di Xian, di Malaysia berharga RM5 segelas. Contains green tea leaves,jujubes(red dates) , wolfberries (goji berry), rock sugar, chrysanthemum and etc. Teh yang menyegarkan ini boleh juga didapatkan di kedai Mee Tarik Warisan Malaysia  dengan harga RM5-6 secawan. Tapi di Xian tentunya lebih murah lagi.

6) Murtabak/Prata (pagi sahaja)
Yang ini ada dijual pagi pagi, di tepi jalan berhampiran Citadines Hotel. Saya beli yang vege.

6) Kerepek Cili
Kerepek cili ini sedap dan rangup. Boleh dibeli digerai berdekatan pintu Masuk ke Muslim Street berdekatan sangat dengan Parkson. Boleh lah dibuat sebagai ole ole.

7) Satay kambing
Kayu pencucuk satay (tak pakai lah lidi lidi ni). Bayangkan macam mana nak makan satay tu.

8) Buah macam anggur, tapi bukan anggur

Sedap buah ni!

Itulah antara makanan yang menarik hati. Satay pun boleh dicuba. Walau bagaimana pun mee tarik yang saya makan di Xian ini, belum pernah berjumpa dengan yang sedap. Mee Tarik Warisan di Malaysia rasanya lebih sedap. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan