Rabu, 21 Ogos 2019

Perjalanan ke Xian, China 31 Oktober - 8 November 2016 (Part 2)

Tempat Menarik di Xian

-----------------Grand Mosque Xian----------------
Terletak didalam lingkungan Muslim Street. Laluan jalan kaki ke Masjid yang paling mudah ialah melalui kedai cenderamata yg terletak di kiri Muslim Street , berdekatan dengan Drum Tower.

 Ruang Solat


Tangga Pintu masuk

Ukiran didinding



-------------Muslim Street -----------------

 Muslim Street berlatar belakang Drum Tower

Puding yogurt yang sedap dan gula kapas berwarna warni

kambing bergantungan

air tebu dan kelapa pun ada

gerai Satay

Roti roti tawar


--------------------------------TERRACOTA MUSEUM----------------------------
Kami naik bas ke museum terracota. Perjalanan memakan masa 45 minit dengan tambang ketika itu RMB8.
Stesen Bas

Banyak bas ke Terracota Museum.

Boleh berjalan kaki ke museum Terrakota. 
Pemandangan cantik dan tidak memenatkan. Buggy pun ada disediakan. 



halal kiosk
Dah penat berjalan jalan, bolehlah singgah makan

 
 Ini lah mee sejuknya..

Pemandangan menarik di sekitar kawasan Museum Terracota

-------------------XIAN CITY WALL/TEMBOK XIAN--------
Berjalan kaki ke tembok Xian dari hotel. Sepanjang jalan boleh melihat kedai menjual berbagai barangan. Juga bentuk bangunan yang unik unik. Cuaca redup tidak memenatkan badan. Boleh menyewa basikal untuk pusing pusing di atas tembok tersebut.



 Ada bicycle untuk single...ada juga untu double..pilihan ditangan masing masing
Dah penat mengayuh, lepak lepak sebentar



------------------Shuyuanmen Ancient Cultural/ART STREET-----------
Berdekatan dengan tembok Xian. Bermacam barangan untuk untuk seni, seniman dan hasil seni. Terjebak membeli cop mohor dari batu...ala ala zaman dahulu kala.
 Pintu masuk ke Shuyuanmen art street

 Cop dari batu

 sedang siapkan order customer

Jual berus lukisan dan kertas

------------------XIAN HISTORY MUSEUM-----------
Entrance fee RMB30/RM19
Pelbagai barangan antik dan bersejarah boleh dilihat disini. Menarik. Dan masih lagi boleh berjumpa dengan patung patung terakota. Termasuk lah barangan before century pun ada, dan unik.












Perjalanan ke Xian, China 31 Oktober - 8 November 2016 (Part 1)



Perjalanan ke Xian ini adalah menggunakan pakej AirAsiaGo yang sangat berbaloi dimana tiket pergi balik dan penginapan selama 8 hari sudah termasuk. Pengalaman lapan hari dengan tiket pergi balik, hotel dan makan minum, tidak pun melebihi bajet RM3000 . Penerbangan 4 jam 30 minit adalah dari KLIA2 dan sampai di Xian pada lewat malam jam 23.20PM ,31 Oktober 2016. Kami menggunakan khidmat rakan yang tinggal di Xian untuk membawa kami ke Hotel Citadines Central. Jaraknya antara hotel dan lapangan terbang adalah lebih kurang 45 minit perjalanan dengan kereta. Hotel ini terletak sangat dekat dengan Muslim street yang terkenal di Xian ini. Jarak berjalan kaki dalam 3 hingga 5 minit sahaja. Dan di  sekitaran hotel juga ada restoran restoran muslim yang menjual makanan yang enak enak belaka.







 Hotel Citadines dilengkapi dengan dapur dan perkakasan memasak.


                                                                      Gambaran Hotel dan sekitarnya
Antara makanan halal yang boleh anda cuba:

1) Soup Roti + Kambing
Roti dipecah pecahkan menjadi kecil kecil, dihidang bersama jeruk bawang putih dan sambal. Setiap kedai mempunyai rasa yang berbeza beza. Cafe yang sedap dan menyegarkan ini bukan terletak di Muslim Street, tetapi berdekatan dengan hotel Citadines.

2) Kebab Kambing/Burger Muslim Street ( stall yang paling ramai orang beratur). 
Sabar tunggu dia potong/cincang daging...

Sambal minta lebih yea...

ini kadnya...token menandakan anda sudah bayar..

Ambil card dulu sebelum order. Ada burger ayam, kambing dan lembu. Kambing yang terbaik. Jika masuk ke Muslim street melalui Drum Tower, jalan lagi ke hadapan, dan gerai yang paling panjang orang beratur ini terletak disebelah kanan. 

3) Yogurt/Pudding
Di Muslim street juga ada Yogurt paling sedap yang pernah saya makan seumur hidup saya :). Rasa seperti puding dan tidak masam. Bukan yogurt yang biasa biasa. Menyesal tak beli banyak banyak. Rasanya harga sebotol ni RMB9 - RMB 10. Pastikan yogurt yang botolnya brand yang ini. 

4) Mee Sejuk (Terracota Museum)

Mee yang ini, walaupun sejuk, sangat menyegarkan. 

5) Teh
Baobo Tea. RMB5/RM3 di Xian, di Malaysia berharga RM5 segelas. Contains green tea leaves,jujubes(red dates) , wolfberries (goji berry), rock sugar, chrysanthemum and etc. Teh yang menyegarkan ini boleh juga didapatkan di kedai Mee Tarik Warisan Malaysia  dengan harga RM5-6 secawan. Tapi di Xian tentunya lebih murah lagi.

6) Murtabak/Prata (pagi sahaja)
Yang ini ada dijual pagi pagi, di tepi jalan berhampiran Citadines Hotel. Saya beli yang vege.

6) Kerepek Cili
Kerepek cili ini sedap dan rangup. Boleh dibeli digerai berdekatan pintu Masuk ke Muslim Street berdekatan sangat dengan Parkson. Boleh lah dibuat sebagai ole ole.

7) Satay kambing
Kayu pencucuk satay (tak pakai lah lidi lidi ni). Bayangkan macam mana nak makan satay tu.

8) Buah macam anggur, tapi bukan anggur

Sedap buah ni!

Itulah antara makanan yang menarik hati. Satay pun boleh dicuba. Walau bagaimana pun mee tarik yang saya makan di Xian ini, belum pernah berjumpa dengan yang sedap. Mee Tarik Warisan di Malaysia rasanya lebih sedap.