Penduduk di Perkampungan Taman Sedia mengusahakan tanaman strawberry, pudina dan juga kobis (pada waktu liputan ini ditulis). Chalet ini terletak dihujung kampung dan bersebelahan dengan parit. Walaubagaimana pun, keadaan di Cameron Highland tidak memungkinkan kita untuk bermain main air parit walaupun airnya sangat jernih bukan sahaja kerana suhunya yang sejuk, ditakuti juga air tersebut sudah tercemar.
Hari hari di Cameron Highland dihabiskan dengan berjalan2 di kawasan sekitar Cameron Highland, termasuklah pasar malam yang terletak di antara Tanah Rata dan Brincang. Cenderahati berupa fridge magnet boleh didapati dengan harga RM1 satu (murah), tetapi ada juga yang menjualnya dengan harga 4 untuk RM10 (mahal)...
Kami melawat ke Big Red Strawberry (Agrotourism) Farm setiap hari untuk makan sebiji scone berserta seteko air teh panas dgn harga RM7.90 sahaja. Dan bayaran masuk adalah percuma! Suasana sangat best minum teh sambil menikmati pemandangan indah pokok pokok bunga dan sayur sayuran yang juga dijual disini.