Selasa, 19 Mei 2015

Sabah

Trip ke Sabah memang menarik. Tempat baru, makanan baru, pengalaman baru. Mengalami dua cuaca yang berbeza, panas dan sejuk, jika ada yang tidak kena boleh demam jadinya. Hari pertama hanya berjalan jalan disekitar Kota Kinabalu. Memasuki kawasan Universiti Malaysia Sabah yang tidak kurang indahnya kerana ia terletak di tepi laut.

Pemandangan didalam Uni Malaysia Sabah

akuarium di UMS

UMS

UMS

Kerapu gergasi

Kemudian menikmati waktu senja dari atas bukit iaitu dari Cinta Sayang Resort Kota Kinabalu. Sambil menghirup udara segar dan minum petang yang enak.
View laut dari Cinta Sayang Resort

cinta sayang resort nun di atas sana

cinta sayang resort

yummy

senja yang indah
Minum Petang di Cinta Sayang Resort

Memilih makanan di Cinta Sayang Resort
 Sebelum malam menjelma, kami turun ke bandar Kota Kinabalu dan bersolat di Masjid terapung yang indah.

Dalam masjid terapung

dalam masjid terapung
Kemudian kami menikmati pandangan pancuran air yang bertukar tukar warna berserta muzik di Perdana Park bandar Kota Kinabalu.
Di perdana park

Di Perdana Park  
Begitulah berakhirnya hari pertama di bandar KK.
Keesokkan paginya kami bertolak ke arah pergunungan Kinabalu. Kami singgah di rumah terbalik. Tiada yang istimewa, kecuali semua barang terbalik. Ada restauran dan juga kedai cenderhati disini. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kundasang.
rumah terbalik


Di satu tempat, pemandu memberhentikan kami disatu tebing sungai dan menyuruh kami menaiki jambatan dan dia akan menunggu kami diseberang jambatan. Rupa-rupanya itulah jambatan Tamparuli yang terkenal itu. Hati sangat gayat kerana kondisi jambatan yang tidak memberangsangkan. Walau bagaimana pun penduduk tempatan begitu gagah dan berani menaiki jambatan tamparuli.


Pemandangan dari atas Jambatan Tamparuli.

Sungai yang mengalir dibawah jambatan Tamparuli

Besi besi pengadang jambatan tamparuli

lantai papan jambatan tamparuli. Awasi jejak anda.
 Perjalanan diteruskan. Melewati Pekan Nabalu, dimana berbagai cenderahati ada dijual disitu.
Pemandangan di nabalu

Pemandangan di nabalu

Pemandangan di nabalu

Akhirnya kami sampai di Kundasang. Untuk lunch, kami telah mencuba daging goreng kering masak pedas yang sangat enak di Kelisa Cafe and Catering restaurant.
Berhenti untuk makan lunch disini. Cuba daging goreng kering pedas yang enak disini!

Berhenti untuk makan lunch disini
inilah restorannya. Ketepikan dahulu tahap kebersihannya

daging goreng kering pedas yang enak

sayuran di kundasang

rose di kundasang
Selepas makan, perjalanan diteruskan ke tempat penginapan kami malam itu iaitu Rocky Mountain Lodge. Dari Rocky Mountain, Gunung Kinabalu dapat dilihat dengan jelas. Diindahkan lagi dengan bungaan dan rumah rumah unik diKiram Resort yang terletak betul betul berhadapan dengan Rocky Mountain ini. Ianya sebuah penginapan yang tidak mengecewakan. Dari Balkoni nya terlihat gunung ganang dan perkampungan yang indah.
Hubungi nombor tertera yea.
rocky Mountain Resort

pemandangan dari rocky mountain

Kiram yang terletak berhadapan dgn rocky mountain



View dari korridor Rocky Mountain Lodge. Kelihatan ialah Kiram Resort dan Gunung Kinabalu

Kiram Resort

Kiram Resort

Kiram Resort

Kiram



bunga bungaan di tanah tinggi

pemandangan dari balkoni Rocky Mountain



Rocky Mountain Lodge

Rocky Mountain Lodge

Balkoni Rocky Mountain Lodge

balkoni Rocky Mountain Lodge

Rocky Mountain Lodge..room no 10

koridor Rocky Mountain Lodge yang menghadap mountain dan kiram resort
 Selepas check in, pemandu membawa kami jalan jalan lebih ke atas lagi iaitu ke Sutera Sanctuary Lodges Mesilau. Disini terdapat trail untuk ke puncak Kinabalu.

Sutera Sanctuary Lodges Mesilau

Sutera Sanctuary Lodges Mesilau

Sutera Sanctuary Lodges Mesilau

Sutera Sanctuary Lodges Mesilau  


Desa Dairy Farm
 Kemudian kami ke Dairy Farm Desa yang terletak tidak jauh dari Rocky Mountain. Langit kelihatan gelap seperti mahu hujan. Disini dijual aiskrim dan susu segar.

cantik

pemndangan disatu sudut desa dairy farm




lembu susu


favourite saya semestinya choco! rugu beli satu je

i like the tone


jalan berbatuan
 Entah waktu bila..tak ingat dah...kami ke kampung Sg. Moroli, Kuala Luanti, nak tengok ikan jinak dek kerana sistem tagal.

sg. Morali kg.Luanti

sg. Morali kg.Luanti

Lagi tempat menarik ialah tree top walk dan air panas Poring.

air panas poring


kolam mini air panas
Untuk melihat Bunga Rafflesia di Ranau bolehlah call nombor ni dulu  016 282 0025 dan yg lain2 nya, untuk pastikan bunga tersebut didalam musimnya.





Saja saja nak dapat pemandangan lebih cantik, bolehlah ke Kinabalu pine Resort untuk bergambar.
kinabalu pine resort

kinabalu pine resort
 Untuk meninjau nijau kawasan sambil tengok kapal terbang melintas bolehlah ke Bukit Signal.
Bukit Signal



Happening night stall di belakang pasar filipines. Tapi rasanya biasa biasa je...kebersihannya...urmm..boleh dipertingkatkan.




 Disatu pagi, entah bila, merasa juga ke Pasar Gaya. Bermacam macam ada dijual. That was in April, banyak betul jus avocado dijual! Siap beli avocado dan bawak balik dan semai biji nye..dalam sebulan dua bulan terus bertunas. Bermacam buahan pelik ada, termasuk lah buah mentega.
kuih kuih tempatan di pasar gaya.