Rabu, 26 Disember 2012

Tanjung Piandang

Hari ini berpergian ke Tanjung Piandang, sebuah kawasan nelayan didaerah Kerian Perak. Berkereta terus sehingga tak terjangkau oleh En. Gamin (walaupun jalan sempit) maka berjumpalah dengan pantai yang panjang..airnya jernih...pantainya bersih...dan sawah padi yang menguning...malangnya cuaca tak berapa cantik....maka terhasilah gambar yang kelabu asap.... Ini first time sampai ke sini...lain kali insyaallah akan kembali kesini...cuba semak GPS N 05    3.714'    E100    22.784'
siapa punya kasut ni?
jalan sempit seperti tiada hujungnya
pokok labu agaknya
objek diatas pasir dan lohong cahaya dilangit
tiga ekor lembu kurus dan tiga ekor burung...
nice view!
perahu nelayan berlabuh
sawah yang menguning
landmark sebuah restoran (jaws bakar maybe :D )
view dari laut
a car passing by...kanak kanak riang pulang petang..
telur siput gondang yang cantik
pondok pengawal
kejernihan terserlah
suasana kampung yang indah...
kucing oren itu berjalan diatas tanah oren
lubuk pemancing....   

LANGKAWI NOVEMBER 2012

Didalam satu musim hujan , aku telah ke Langkawi dengan menaiki feri ( LADA 2) dari jeti Kuala Kedah. Alhamdullilah ditengah tengah musim November Rain ini masih ada juga hari hari yang cerah dan tiada ribut taufan yang membadai dilautan....maknanya...perjalanan pergi dan balik itu telah selamat tanpa ombak dan ribut kencang...

Ini adalah kali ke dua aku menjejakkan kaki di langkawi selepas hampir 12 tahun...Perjalanan dari rumah ke Jeti Kuala Kedah mengambil masa kurang lebih 1 jam sahaja...Oleh kerana tempat parking yang betul betul dihadapan bangunan jeti telah penuh, makannya kawasan parking bersebelahan (sgt dekat dengan jety) menjadi pilihan. bayaran parking adalah RM15 satu malam.

Aku membeli tiket feri dikaunter satu hala sahaja..harganya RM23seorang....kebaikan tiket sehala ialah supaya lebih fleksi masa nak balik dari langkawi nanti...maknanya...jika dah beli siap2 return tiket ko akan terikat dengan masa...kalau tak beli return tiket ko free utk bergerak anytime ko suka.....Feri ke langkawi itu bergerak pada jam 12 tengahari....Feri Lada 2 ini kira okla cantik...dalaman nya lebih luas dari Boeing 777 sebab seatnya 3-4-4-3....TVnya melekat didinding .....Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 untuk sampai ke Jeti Kuah....
[Suasana dalam feri yang macam mewah mewah je...]


Sesampai di terminal Jeti Kuah...haruman Starbuck Coffe menyapa hidung...wah...memang mengasyikan....tapi budget percutian ini bukannya budget bangsawan...so kami pun tidak memilih untuk ke Starbuck tetapi menghalakan kaki ke restoran mamak yang juga terletak di dalam terminal jeti itu ...walau bagaimana pun...tidak ada apa pun yang menyelerakan sangat...tengok orang lain pun makan tak berapa nak habis...mungkin masing2 dah excited nak pusing2 pulau kot!

Selepas makan, kami naik teksi (RM 24 untuk tambang) ke Pantai Cenang untuk check-in di Villa Idaman Motel...Motel ini menghadap laut dan terletak di public beach pantai cenang...since this is a public beach, so ada gerai gerai yang menjual makanan seperti mee udang...laksa....nasi ..minuman dan juga rojak...nasi putih pun ada (nangka masak kari campur daging sgt sedap!) Villa Idaman ini terletak betul betul di belakang Langgura Baron.. kejiranan yang lain yang adalah seperti Delta Motel, The Cabin and Yellow Cafe...
view dari 'reception' Villa Idaman

juga view dari 'reception' Villa Idaman

Langgura Baron (menghadap jalan dan Cenang Mall...dibelakangnya terletak Villa Idaman yg mengadap laut...

Villa Idaman
 Villa Idaman ada dua jenis chalet iaitu satu tingkat dan 2 tingkat. Chalet satu tingkat menghadap laut..Chalet dua tingkat tidak menghadap laut...sewa semalam Villa Idaman Motel adalah RM130 untuk hari2 biasa . Ini harga setingkat...yang dua tingkat tak tahu lah pula....aku bagi 8/10 untuk chalet ini...not bad kan...tisu toilet, towel, sabun, water heater, air conditioner, TV,cerek dan gelas disediakan...bantal ekstra pun ada...bilik quite luas tak le macam tune hotel...walau bagaimana pun, jgn demand lebih2 ok..sbb ini bukannya budget bangsawan...aku tido 2 malam kat villa idaman ni...

The Cabin
Malam terakhir dilangkawi kami tidur di The Cabin. Sewa semalam berharga RM130....Saja nak tukar angin sebab nak rasa kelainan..rupa2 nya mmg sangat lain ;-)..haha....kalau nak rasa sila rasakan nya sendiri...baru ko rasa....tak boleh komen lebih lebih about this place.....utk pengetahuan , the Cabin memang tak jauh dari pantai...tapi chalet ni tak menghadap pantai...setiap chalet adalah semi-d chalet...dan boleh bukak pintu kat tengah2 (connect room)...pokok2 calathea menghiasi ruang the cabin....cantik....dengan beberapa kerusi taman rona putih...dan hiasan taman yang menarik...bila berada didalam cabin, bunyi derapan lantainya mengingatkan aku kembali kepada rumah arwah nenek di kampung...org bilik sebelah berjalan pun ko boleh dengar juga....
cantikla!

hiasan dalaman nya modern contemporary (suka!)....semuanya aku puas hati......kecuali tentang toilet yang banjir....mungkin masalah ini terjadi di cabin ku sahaja....tapi...entah lah....aku bagi 6/10 untuk chalet ini....macam bagus2 je kan aku nie...hehe....tapi kalau 'masalah' itu diatasi aku bagi 9/10....kalau nak beri 10/10 kene tambah easy gateway to the beach...(iaitu tak perlu ikut laluan jalan hadapan sepanjang pagar dan pusing balik kebelakang baru nak sampai pantai...jauh you utk org tua macam i)...


Aktiviti
Hari pertama kami tak kemana..hanya ronda2 digerai2 jalan kaki disepanjang jln pantai cenang......cuci cuci mata...selepas puas menghidu bau busuk longkang tu kami masuk pula ke Cenang Mall yang terletak diseberang jalan chalet Langgura Baron...ada banyak kedai menjual barang2 cenderahati/bajuan/tudungan/seliparan didalam mall ini...harganya lebih ok berbanding dengan gerai disepanjang jalan..suasana mall pun cantik and tidak berbau longkang...ada juga Guardian didalam Cenang Mall di pantai Cenang ini ok...kalau terlupa bawak berus gigi, ubat gigi boleh lah beli disini.....ada restoran juga seperti the loaf, kopitiam, starbuck (tapi aku tak makan kat restoran mcm ni okes)...
View pantai cenang

view pantai cenang dari Villa Idaman

View Cenang Mall dari Langgura Baron

Pantai Cenang at night

Sunset di Pantai Cenang Public beach

Malam tu kami makan di Aishah Seafood...seminit dua je bjalan kaki dari Villa Idaman...mmg banyak ikan dan mknn laut untuk dibakar..tapi sayang nampak mcm x fresh aja sebab tak letak ais...last2 kami mkn nasi putih dengan tomyam campur (kurang sedap), daging goreng kunyit (sgt sedap), kangkung goreng( boleh tahan), sup sayur (kurang sedap)...air epal suam mmg sedap...gelas besar pulak tu..tapi nak minum macam seriau2 aja sebab nampak mcm tak berapa bersih gelas tu......

Esoknya pagi2 kami berjalan kaki cari breakfast....tup2 jumpa lah kedai mamak nasi kandar tomato...makan roti pisang dengan roti cheese...sedap....after breakfast @ 9 am bersiap sedia untuk pergi island hopping...RM25 seorang...12 tahun dulu aku bayar RM30 seorang....how come boleh lebih murah pulak after 12yrs....aku melawat kembali tempat2 yang dulu aku dah pergi...iaitu tasik dayang bunting, pulau rimau tgk burung helang dan last sekali gi snorkling kat pulau beras basah....
Jeti kat pulau dayang bunting

pulau dayang bunting

dayang bunting

penghuni pulau @ peragut...berhati hati jika membawa makanan

tangga sebelum sampai ke tasik...sebelum turun ke tasik anda akan lalui tangga yang lebih curam

tasik dayang bunting

kolam mandi kanak-kanak

boleh sewa

dalam youuuu..takuttt

burung di jeti




helang makan di pulau rimau

lagi helang helang berterbangan...ada 2 jenis berbeza

pulau beras basah..tempat membasahkan badan (snorkelin)

pulau beras basah

 ORIENTAL VILLAGE:
Oriental village ialah satu tempat yang menarik. Terdapat sebuah tasik yang dikelilingi rumah rumah kedai unik yang menjual beraneka cenderahati. Ini sebenarnya adalah tempat yang sama untuk menaiki cable car. Banyak pemandangan menarik yg boleh dinikmati disepanjang perjalanan untuk sampai ke Oriental village ini seperti:
bangunan kastam

bersebelahan bangunan kastam

kabel car dipuncak bukit sana nunn

nampak tak atas bukit tu?

bangunan kolonial kastam

meragut rumput dipadang yang luas

deretan kedai di oriental village

unik

ala ala eropah di oriental village

close up keunikan bangunan di oriental village

kabel car

kaunter..

nice view..banyak ikan dalam tasik tu..

ala ala beijing...greatwall look

kuda pun ada



Buffalo Park
Satu lagi tempat menarik yang patut dikunjungi ialah Buffalo Park. Kedudukannya sedikit terpencil dihujung kampung ( sila rujuk GPS)..malangnya sewaktu saya sampai disini, buffalo park ditutup (jumaat)..disini kita boleh merasa keenakan Mozarella buatan Malaysia...dijamin Halal..

The Buffalo Park langkawi

friday close!

antara produk yang ditawarkan...ada lunch menu juga kalau tak silap
Langkawi Underwater world
Sedikit kecewa....suasana menyedihkan. Paling kasihan melihat penguin yang macam tak de mood nak hidup...kalau simpati pada haiwan teraniaya...bolehlah abaikan lawatan ke tempat seperti ini...penguin disini pasti rindu mahu melihat cahaya matahari dan merasa kesejukan ais...
antara haiwan yang boleh dilihat di Underwater world

si comel

dah bosan duduk dalam gelap boleh keluar sebentar melihat cahaya matahari di Underwater world..


KERETA
Sepanjang di Langkawi kami telah meminjam kereta dari En. Shamsibah ( boleh hubungi 012- 4440109). Beliau telah menghantar kereta tersebut ke Villa Idaman pada hari ke2 kami di langkawi. Murah, kereta baru Mazda 2, RM70 sehari.
cantik Mazda2 Ku :)

makan pasemboq sedap dan laksa sedap di belakang airport..hari nak ribut..sambung makan dlm kereta

 





























































































cendol pun ada...